//Alhamdulillah


Membaca tajuk post ini sudah mendatangkan pahala buat kamu. Senang bukan? 

Manusia sangat susah nak ucap syukur walau dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Kan?

Usahkan waktu Allah uji, waktu Allah bagi nikmat pun masih terlupa nak ucap kalimah syukur. 

Sebab perlunya syukur ketika diuji : 
First, kita langsung taktahu apa hikmah yang Allah sembunyikan dalam ujian itu -tiap dugaan yang menyapa pasti punya asbab, biarpun hikmahnya kecil.

Second, Allah tak datangkan sebuah ujian itu sia-sia. Pasti ada ibrahnya. 

Dan jangan pernah putus asa apabila diuji. Even berat mana sekalipun ujian itu, never ever give up. #kipidap

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha." [Quranul Kareem]

Allah tidak membebani seseorang itu melebihi kemampuannya. 

Yes, indeed.




Sedar atau tidak, ujian itu mematangkan kita. Sebab dalam tempoh kita diuji, kita cuba berfikiran rasional. Kita menjadi lebih berdikari dari sebelumnya. Kita menjadi seorang yang menyerahkan takdirnya kepada Tuhan setelah berusaha yang terbaik. 

Percayalah. 
Allah juga menyelitkan kekuatan dalam ujian yang ditimpakan keatas seseorang. Tapi yang paling penting, ujian itu sendiri merupakan tanda kasih dan cinta Allah kepada hamba-Nya. 

Kalau betullah Allah tak sayangkan kita, mana mungkin Dia menguji kita sedemikian rupa. Kalau betullah Allah tak sayangkan Rasulullah, mana mungkin Dia menguji Rasulullah dengan ujian yang begitu hebat. Kalau betullah Allah tak sayangkan para Nabi dan Rasul, mana mungkin Dia menurunkan ujian yang berbentuk-bentuk kepada mereka.

Muhasabahlah. Renungkan semula. 

Apakah kita sudah tersasar jauh daripada siratul mustaqim?
Apakah kita lebih suka untuk memilih jalan kegelapan daripada jalan kebenaran? 

Tepuk dada, tanya hati. 

Hati yang hidup dengan cinta Allah sentiasa bersyukur apabila diuji. 

****

Tak susah pun nak sebut alhamdulillah. Tak ambil sampai sehari pun untuk habiskan kalimah al-ham-du-lillah. This is a guarantee. Kalimah alhamdulillah dapat disebut kurang daripada tiga saat. 

Masih tak percaya (?)
Mari sebut bersama.

AL-HAM-DU-LILLAH

Senang bukan (?)
Disebalik perkataan yang hanya merangkumi 13 huruf itu, terselit sejuta makna didalamnya. Kita boleh kata,

"alah setakat perkataan semudah tu, semua orang pun boleh sebut"

TAPI

Dalam kalangan kita, berapa ramai yang lepas bangun tidur, terus ucap alhamdulillah ?
Berapa ramai yang bila Allah bagi rezeki, terus ucap alhamdulillah ?
Berapa ramai yang sebut alhamdulillah bila sedar yang dia masih mampu menggunakan nikmat pancaindera yang Allah pinjamkan ?

Jarang sekali nak jumpa orang macamtu uish.

Kalau terjumpa, alhamdulillah.
Simpan dia baik-baik.

*****

Amalkanlah menyebut alhamdulillah.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Tiap kali dapat nikmat, sebut alhamdulillah.
Tiap kali hadapi ujian, sebut alhamdulillah.

Contohnya, 
Selesai solat, alhamdulillah.
Dapat makanan, alhamdulillah.
Keluar tandas, alhamdulillah.
Dapat result bagus, alhamdulillah.
Dapat result biasa-biasa je pun, alhamdulillah.
Bangun tidur, alhamdulillah.
Selesai solat, alhamdulillah.
Keluar kereta, alhamdulillah.
Tengok cermin, alhamdulillah.

Kesimpulannya, buat apapun, kita kena bersyukur.

Know what? 
Kadang-kadang, kita kufur nikmat. Apa yang Allah bagi masih tidak cukup bagi kita. "I NEED MORE AND MOREEEE." Itulah manusia. Bila dapat cupcake, minta kek coklat. Bila dapat kek coklat, minta red velvet. Bila dapat red velvet, minta kek fondant. 

Tak pernah puas. 

Manusia kan huhu.

And for that, kita kena selalu bagi reminder dekat diri kita supaya jangan terlalu taksub dengan ketamakan. Tamak tu amalan syaitonirrojim.

Stop and muhasabah.

Allah dah bagi banyak nikmat dekat kita.

Dan bila pula masanya kita nak ucapkan syukur atas nikmat-Nya (?)

Usah kufur nikmat, mula bersyukur.

Salam alaykum. 

No comments: