rupa paras atau akhlak nafs

insecure

manusia; selalu insecure dengan manusia lain esp perempuan.

sikit-sikit insecure dengan perempuan lain yang cantik rupa parasnya.

"felolesnyaa kulit dia!"
"cantiklah dia ni, tak mcm aku, laki pandang pun taknak"
"cuba tengok perempuan tuu, lawa gila! insecure aku!"
"kan best kalau aku dapat jadi pandai gila2 mcm dia"

biasalah kan, perempuan.

selalu rasa tergugat bila nampak orang lain lebih sikit dari dia.

lebih cantik
lebih pandai
lebih kaya
lebih tinggi
lebih segala-galanyalah boleh kata

tapi,
tak pernah nak tengok diri sendiri, dan bersyukur.

kenapa eh?

.
.



.
.

alhamdulillah
ucap syukur
jangan kufur nikmat

semua Allah bagi sama rata
dan terpulang kepada kita nak ukur nikmat yang kita dapat tu macam mana.

ada orang yang kalau Allah bagi ujian pun boleh senyum lagi.
tapi kita..?

Allah bagi nikmat, tapi kita nampak nikmat orang lain instead of nampak nikmat kita sendiri.
lepastu mulalah down, frust sorang2 huhuhu.

sungguh, Allah itu Maha Adil.
dan Dia ciptakan kita dalam sebaik-baik ciptaan
dan Dia takkan persia-siakan kita, hamba-Nya.

start basahkan lidah kita dengan kalimah syukur kepada Allah.

alhamdulillah

bukan susah pun, tak sampai 5 saat pun.
tapi susah sangat kita nak ucapkan?

tepuk dada tanya iman.

.
.
.

even kita lawa macam mana sekalipun,
hensem macam mana pun.

tapi kalau kita takde satu benda ni,
kita FAIL.

.
.
akhlak nafs
.
.
the only thing yang bila benda tu ada dalam diri kita, kita serta-merta nampak cantik.
sebab apa? sebab kadang-kadang bukan cantik rupa paras yang dapat tambat hati orang lain, tapi eloknya budi pekerti.

how amazing kan kita dapat tambat hati orang lain just dengan tunjuk good akhlak towards them.
& in other words, we are showing how Islam is, how beautiful is Islam.

it doesn't matter if we are not perfect. mana ada orang yang perfect, kan?
yang kita nampak cantik tu mesti tengah struggle about something juga.
it is just that we dont know,
we may say his/her life is perfect,
tapi mungkin dia hadapi sesuatu yang kita pun tak dapat nampak,
sebab kita cuma memilih untuk melihat yang cantik-cantik saja.

kenal dulu, then you can judge your own judgements.

back to akhlak nafs

penting ke ada akhlak baik?
yes, it is.

speak kindly
act honestly
walk humbly
do justly
& so many more

semua tu ada tertulis dalam Kalam Allah, Quranul Karim.
tapi, ada perasan tak?

plus, Allah even mention dalam Quran
.
.
.
.
.
sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi-Ku ialah orang yang bertaqwa

takde pula Allah mention pasal cantik rupa paras, but instead Allah says about taqwa.
put aside cantik rupa paras, focus more on increasing our taqwa towards Allah, sebab taqwa itu yang akan didik hati kita, jiwa kita untuk ada inner beauty.

tapi jangan sampai kita abaikan the sense of being pretty outside.

Allah suka kebersihan, kecantikan.

be moderate, balance kan.

strive for both, tapi the main point is that good akhlak nafs is way more important than only having a beautiful face. kalau ada muka cantik, tapi perangai zero, it's useless.

didik jiwa, bukan in one time, kena istiqamah.
great things take time, aite?

once you have it, you will understand.
good relationship with other people [habluminannas] cam senang je nak terjalin.
kita akan jadi lebih berhati-hati bila nak cakap something, akan fikir twice before talking, so that no one will get hurt disebabkan kata-kata kita.
kita jadi selalu suka nak buat kebaikan, all the time.

akan sampai satu masa, kita sendiri dapat rasa all those feelings bila kita berjaya achieve.
dan moga bila sampai masa tu, kita dapat tarik orang sekeliling kita untuk rasa benda yang sama.

okay?
okay.

akhir kalam
.
.
.
.
.

.
.
.
.
moga kita sentiasa dalam lindungan Allah Yang Penuh Kasih.

Salam alaykum.

solat

Azan Isyak sudah berkumandang setengah jam lepas.

Aku berjalan ke katil lantas terus mencapai Samsung Tab 3.
Conversation whatsapp terus aku baca satu per satu.

Hati aku tiba-tiba tersentak ketika membaca satu forward message 
dari salah seorang ahli usrah mayaku. 
Seram sejuk je rasa padahal angin pun tarakkk.

Dalam forward message tu, ada kisah tentang ular yang menunggu jenazah.

"Walaupun para jemaah menukarkan kubur si jenazah, tetap saja ular itu menunggu jenazah itu didalam kubur. Dan para jemaah memutuskan untuk mengalihkan ular itu. Selepas jenazah diletakkan di dalam kubur, ular itu terus menyusur dan ketika itu juga, terdengar bunyi seperti dahan/ranting kayu yang dipatahkan. Alangkah terkejutnya para jemaah apabila terlihat ular yang dialihkan tadi sedang membelit jenazah itu. Dan bunyi seperti ranting kayu yang patah itu sebenarnya bunyi tulang jenazah yang patah dek kerana dibelit ular. Selepas diselidik, sebab ular itu membelit jenazah itu adalah kerana ketika jenazah hidup di dunia, dia suka melengah-lengahkan waktu solatnya."

Sesudah habis aku membaca kisah ini, lantas aku bergerak pergi ke tandas untuk 
mengambil wudhu' dan menunaikan solat Isyak yang telah pun aku tangguh.

Ya Allah, berdosanya aku.

*******



Walaupun kita seringkali dengar cerita ataupun nasihat dari orang lain 
berkenaan dengan solat, tapi kita still tak boleh nak ubah diri kita sampai 
satu tahap kita boleh je rilek solat dekat hujung waktu. 


Sebab omputeh habaq, it's better late than never, kan?


So, kita pun ambil acuh tak acuh je pasal solat kita. 
Asalkan kita tunaikan solat, lambat pun takpa kan?

Satu je sebab major kita selalu lengahkan solat sampai hujung waktu.

Kita terlalu cintakan dunia, Kita tak sanggup nak tinggalkan urusan duniawi 
berbanding melaksanakan tanggungjawab kita yang lebih besar iaitu, solat.

Solat tu simple je kan. Mudah. Semua orang boleh buat.
Rukun solat pun ada 13 je. Paling koman pun ambil masa 5 minit je.

Tapi kenapalaaah benda yang simple tu kita lengahkan?
Kenapa kita tak perform solat kita lepas je azan berkumandang?
Kenapa bila kawan ajak solat, kita boleh jawab "satgi satgi"?

Kenapa?

Pernah tak kita renung amalan solat seharian kita?

Berapa bintang agaknya kita boleh bagi? 

Krikrikrik.
Kurrkurrkurr.
Meowwww.

Huhuhu.

Malu je kan. Kata orang Islam. Tapi solat sendiri pun takleh jaga.

Kita boleh tengok drama korea 24/7.
Kita boleh layan Maharaja Lawak Mega sampai terbahak-bahak tak ingat dunia.
Kita boleh pi lepak ngan kawan dekat mall sampai berjam-jam.

TAPI

Kita tak sedar yang kita hanya meluangkan masa sikit sangat sangat sangat sangat untuk solat.

Padahal, waktu solat tulah waktu kita nak jumpa Pencipta kita.

Dalam erti kata lain, dating.

Ni tak, sibuk koya koya nak pi date dengan gf lah bf lah bae lah. Kemain eh.
Solat pun tunggang langgang, ada hati nak bercouple bagai.

Kalau betullah kita ni antara mereka yang menjaga solat, kita takkan terdetik
pun nak dekat dengan benda-benda yang bawa ke arah maksiat.

Sebab apa? Sebab kita tahu Allah sentiasa memerhati.

After all, prayer comes first.

Dari solat, kita boleh didik hati kita.
Untuk selalu mencintai Allah.

Ni baru mention solat yang fardhu.
Tak sentuh yang sunat lagi huhuhu.

Agak-agaknya, dalam satu hari, berapa banyak solat sunat yang kita buat?

Tepuk dada, tanya iman.
Muhasabah diri.

Dalam Islam, satu kemestian bagi umatnya untuk tunaikan solat awal waktu.
Supaya niat tu dapat terjaga. Sebab bila kita solat masa nak habis waktu, niat tu boleh terpesong.

Bukan sebab Allah, tapi sebab nak kejar masa.
Jadi, solat pun tunggang langgang ayy, dari berdiri tegak sampailah tahiyyat akhir.

Lepas bagi salam, terus lega sebab sempat solat sebelum
masuk waktu solat yg seterusnya.

Sedangkan

.
.
.
.


Baca pun ikut dan jeee,
Tajwid harakat semua langgar.
Tomakninah pun tetiba lesap.

.
.
.
.

Dan kita masih boleh lega?
Dengan solat yang tak seberapa tu?
Serius?

"Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,
(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."
(QS, Al-Ma'un:4-5)

Kalam cinta banyak selitkan peringatan supaya menunaikan solat.
Sedangkan dalam rukun Islam sendiri ada termaktub bahawa
umat Islam solat lima waktu sehari.
Dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun tunaikan solat.

Inikan pula kita?
Yang berdosa.

Kalau kita boleh luangkan masa yang banyak untuk urusan dunia,
Why dont kita ambil sikit daripada masa tu untuk kita luangkan masa dengan Allah?

Cuba dulu.
Jangan bagi alasan sebelum bertindak.

Lepas dah rasa boleh luangkan masa untuk solat dengan proper, cuba pula awalkan solat.
Bila dah azan, terus prepare nak solat. Pi ambil wudhu' then bila azan habis, boleh start solat.
Kalau rajin sikit, yang laki-laki boleh pi berjemaah kat masjid.

Boleh dapat pahala pi masjid.
Dapat juga pahala solat.

Peh. 2-in-1.

Baikkan Allah :')
Kita solat pun dapat pahala sedangkan solat tu kewajipan kita.

Mudah betuii kita nak dapat pahala.
Dan kita juga mudah nak persia-siakan pahala tu.




Sedar atau tak, solat dapat bagi kekuatan kat kita.
Kalau kita solat dengan ikhlas, lillah, dalaman mental kita makin sado.

Sebab apa? Sebab Allah yang bagi kekuatan tu.

Waktu kita solatlah kita dapat interact dengan Allah.
Waktu tulah nak mengadu pasal semua benda kat Allah.
Waktu tu jugaklah kita nak luah segala suka duka kita.

Dan secara tak langsung, Allah ringankan beban yang kita tanggung.

Allah permudahkan urusan kita.

Kadang-kadang, kita diuji.
Sebab, Allah nak tarik kita dekat dengan Dia balik.

Kita terlalu sibuk dengan kerja sampai takde masa nak cakap dengan Dia.

Allah rindu kita tau :')
Jadi jangan lupa Allah.

Sempurnakanlah solat sehabis sempurna.
Even kita berjaya dekat mata manusia, tapi solat kita tak jaga,

.WATCH OUT.

Amalan solat yang akan dihisab kat akhirat nanti.
Bukan jawatan tinggi kat company.
Bukan result cemerlang dalam exam.
Bukan kecantikan rupa paras.
Dan bukan juga harta dunia.

Salam alaykum.