Ada apa dengan lagu.

Acah-acah ada mood nak study.

*buka buku*

Lagu Sandiwara Cinta dipasang.
Hati mula menghayati sehingga terbawa-bawa perasaan itu.

Lalu diikuti dengan lagu Bang Bang Bang oleh Big Bang.
Dan diikuti pula dengan lagu Without Words oleh Park Shin Hye.
Lagu Senyumanmu oleh Letto mula mengisi jiwa.
Diikuti dengan My Heart oleh Irwansyah ft Acha.

Dan seterusnya..dan seterusnya.

Sampai diri tak sedar azan Zohor berkumandang.
Tengok jam fon pukul dua petang, ignore.

"Masih awal lagi. Lek lu."

Hati mula lalai dengan perkara dunia.

Sampai jam menunjukkan pukul 3.55 petang.

Masa tu, mula nak terkocoh-kocoh masuk bilik air, ambil wudhu'.
Nasib baik tak tersadung kaki. Kalau tak, jatuh kat situ macam nangka busuk hiks.

Sejadah mula dihamparkan.
Solat jadi tak khusyuk sebab takut tak sempat nak kejar waktu Asar.

Doa pun ala kadar.

Bait-bait istighfar pun menghilang entah ke mana.

****

Berimankah kita (?)

Apakah benar kita bertuhankan Yang Satu (?)
Ataupun bertuhankan perkara dunia (?)

Apakah benar bahawa kita merupakan umat terbaik (?)
Ataupun itu hanya omongan yang tak punya makna (?)

Apakah benar kita cinta Allah lebih dari segalanya (?)
Ataupun cinta itu cuma rekaan semata (?)

Apakah benar kita mahukan syurga (?)
Ataupun itu hanya bisa jadi angan-angan tanpa usaha (?)

Tepuk dada, tanya hati.



Dengarlah sesuatu yang mengingatkan kita kepada Dia.

Kalau sebelum ni kita asyik dengar sesuatu yang buat kita nak melayan perasaan heart-broken, then cuba tukar. Lagi-lagi bila teringat yang bf/gf kita selingkuh dengan kita. Makin melayanlah kan huhuhu.

Try pasang lagu yang terselit ibrah or even zikir ! 

"Dhikr enlighten our hearts"

Kalau sebelum ni kita asyik dengar lagu yang entah apa-apa, cubalah tukar dengar lagu yang ada apa-apa. Means, yang akan bagi pencerahan hati. Takdelah sampai kita lagha dengar lagu tak hengat doniaaaa.

Kan (?) 

It doesn't matter what people gonna sayyyy.

Bajet alim ke.
Acah-acah jadi dak-dak agama all-time ke.
And so on.

Asalkan hidup kita penuh redha Tuhan, hati gembira, jiwa bahagia.

Yes, definitely !

Pedulikan orang lain.

Even akan ada masa mereka sesuka hati membelek lagu-lagu yang ada dalam playlist fon kita, and secara tiba-tiba ada jeritan kecil kedengaran.

"Ow em jee. Lamenya lagu ko. Takde pun yang latest. Euw, bajet alim lahni kan euw."

*sambil tekan button back bertubi-tubi*

Ok-done.
Hanya bayangan cerita semata.

The thing is,
Tak perlulah kita nak melayan orang-orang yang macamtu k huhu. The most important thing is that kita jaga hubungan kita dengan Tuhan; habluminallah. Yes, for sure Allah akan hantar orang-orang sebegitu untuk uji kekuatan jiwa kita. Kental ke dok ha. Memang ada je orang-orang yang suka menyakitkan hati kita dengan kata-kata dan perbuatan mereka. Lumrah.

Cuma kita yang kena tahu bahawa apa yang kita buat tu betul. Instead of listening those unbeneficial songs for the rest of your life, it is better kalau kita dengar sesuatu yang dapat meng-islah jiwa kita.

This may sound remeh or such a simple thing.
But trust me, what you hear has a great influence in your life.

Those kind of lagu yang membentuk diri kita ekceli.

Cuba untuk memilih lagu yang dapat ingatkan diri tentang ukhrawi.
Kalau tak sanggup nak tinggalkan semua lagu-lagu yang sekarang ada dalam playlist, cuba buang sikit-sikit and replace dengan yang baru.

A fresh one !

Well, it's better than nothing heheh.
Perubahan takleh mendadak, aitè (?)

Kita buat slow-slow ok.
Buang sikit and then replace.
The next month, buang yang sepatutnya and then replace with new ones.

Yay us.


Especially to those yang takleh hidup tanpa lagu. And was like separuh nyawa melayang kalau takde lagu.

Sepanjang masa nak dengar lagu.
Study, pasang lagu.
Masuk kereta, dengar lagu.
Pergi jog, dengar lagu.

Senang kata, lagu ialah dunianya.

Try to improvise yourself to be a better person.

Lebih kurang macam langkah nak meng-islah nafs.

Ambil langkah satu-satu. Jangan terus berubah tiba-tiba. Nanti diri sendiri tak boleh nak terima perubahan tu. Cuba ambil masa dan muhasabah. Fikir dalam-dalam, buat apa yang perlu untuk diri. It doesn't have to be a big change, you just need to be istiqamah in what you do.

Tak pernah terlambat untuk berubah, okay?

Aku sendiri yakin dan percaya bahawa perubahan ini sedikit pun tak merugikan diri orang yang mengambil perubahan ini.

I dare you, dear reader.
Ambillah langkah mengubah lagu yang berada dalam playlist anda. Gantikannya dengan sesuatu yang mengingatkan dirimu dengan Tuhan. Dan insyaAllah, hidup yang bakal kamu hadapi pada detik selepasnya akan menjadi lebih tenang. 

You'll thank me later (?)

Let the game begin.


Salam alaykum.

No comments: