solat

Azan Isyak sudah berkumandang setengah jam lepas.

Aku berjalan ke katil lantas terus mencapai Samsung Tab 3.
Conversation whatsapp terus aku baca satu per satu.

Hati aku tiba-tiba tersentak ketika membaca satu forward message 
dari salah seorang ahli usrah mayaku. 
Seram sejuk je rasa padahal angin pun tarakkk.

Dalam forward message tu, ada kisah tentang ular yang menunggu jenazah.

"Walaupun para jemaah menukarkan kubur si jenazah, tetap saja ular itu menunggu jenazah itu didalam kubur. Dan para jemaah memutuskan untuk mengalihkan ular itu. Selepas jenazah diletakkan di dalam kubur, ular itu terus menyusur dan ketika itu juga, terdengar bunyi seperti dahan/ranting kayu yang dipatahkan. Alangkah terkejutnya para jemaah apabila terlihat ular yang dialihkan tadi sedang membelit jenazah itu. Dan bunyi seperti ranting kayu yang patah itu sebenarnya bunyi tulang jenazah yang patah dek kerana dibelit ular. Selepas diselidik, sebab ular itu membelit jenazah itu adalah kerana ketika jenazah hidup di dunia, dia suka melengah-lengahkan waktu solatnya."

Sesudah habis aku membaca kisah ini, lantas aku bergerak pergi ke tandas untuk 
mengambil wudhu' dan menunaikan solat Isyak yang telah pun aku tangguh.

Ya Allah, berdosanya aku.

*******



Walaupun kita seringkali dengar cerita ataupun nasihat dari orang lain 
berkenaan dengan solat, tapi kita still tak boleh nak ubah diri kita sampai 
satu tahap kita boleh je rilek solat dekat hujung waktu. 


Sebab omputeh habaq, it's better late than never, kan?


So, kita pun ambil acuh tak acuh je pasal solat kita. 
Asalkan kita tunaikan solat, lambat pun takpa kan?

Satu je sebab major kita selalu lengahkan solat sampai hujung waktu.

Kita terlalu cintakan dunia, Kita tak sanggup nak tinggalkan urusan duniawi 
berbanding melaksanakan tanggungjawab kita yang lebih besar iaitu, solat.

Solat tu simple je kan. Mudah. Semua orang boleh buat.
Rukun solat pun ada 13 je. Paling koman pun ambil masa 5 minit je.

Tapi kenapalaaah benda yang simple tu kita lengahkan?
Kenapa kita tak perform solat kita lepas je azan berkumandang?
Kenapa bila kawan ajak solat, kita boleh jawab "satgi satgi"?

Kenapa?

Pernah tak kita renung amalan solat seharian kita?

Berapa bintang agaknya kita boleh bagi? 

Krikrikrik.
Kurrkurrkurr.
Meowwww.

Huhuhu.

Malu je kan. Kata orang Islam. Tapi solat sendiri pun takleh jaga.

Kita boleh tengok drama korea 24/7.
Kita boleh layan Maharaja Lawak Mega sampai terbahak-bahak tak ingat dunia.
Kita boleh pi lepak ngan kawan dekat mall sampai berjam-jam.

TAPI

Kita tak sedar yang kita hanya meluangkan masa sikit sangat sangat sangat sangat untuk solat.

Padahal, waktu solat tulah waktu kita nak jumpa Pencipta kita.

Dalam erti kata lain, dating.

Ni tak, sibuk koya koya nak pi date dengan gf lah bf lah bae lah. Kemain eh.
Solat pun tunggang langgang, ada hati nak bercouple bagai.

Kalau betullah kita ni antara mereka yang menjaga solat, kita takkan terdetik
pun nak dekat dengan benda-benda yang bawa ke arah maksiat.

Sebab apa? Sebab kita tahu Allah sentiasa memerhati.

After all, prayer comes first.

Dari solat, kita boleh didik hati kita.
Untuk selalu mencintai Allah.

Ni baru mention solat yang fardhu.
Tak sentuh yang sunat lagi huhuhu.

Agak-agaknya, dalam satu hari, berapa banyak solat sunat yang kita buat?

Tepuk dada, tanya iman.
Muhasabah diri.

Dalam Islam, satu kemestian bagi umatnya untuk tunaikan solat awal waktu.
Supaya niat tu dapat terjaga. Sebab bila kita solat masa nak habis waktu, niat tu boleh terpesong.

Bukan sebab Allah, tapi sebab nak kejar masa.
Jadi, solat pun tunggang langgang ayy, dari berdiri tegak sampailah tahiyyat akhir.

Lepas bagi salam, terus lega sebab sempat solat sebelum
masuk waktu solat yg seterusnya.

Sedangkan

.
.
.
.


Baca pun ikut dan jeee,
Tajwid harakat semua langgar.
Tomakninah pun tetiba lesap.

.
.
.
.

Dan kita masih boleh lega?
Dengan solat yang tak seberapa tu?
Serius?

"Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,
(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."
(QS, Al-Ma'un:4-5)

Kalam cinta banyak selitkan peringatan supaya menunaikan solat.
Sedangkan dalam rukun Islam sendiri ada termaktub bahawa
umat Islam solat lima waktu sehari.
Dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun tunaikan solat.

Inikan pula kita?
Yang berdosa.

Kalau kita boleh luangkan masa yang banyak untuk urusan dunia,
Why dont kita ambil sikit daripada masa tu untuk kita luangkan masa dengan Allah?

Cuba dulu.
Jangan bagi alasan sebelum bertindak.

Lepas dah rasa boleh luangkan masa untuk solat dengan proper, cuba pula awalkan solat.
Bila dah azan, terus prepare nak solat. Pi ambil wudhu' then bila azan habis, boleh start solat.
Kalau rajin sikit, yang laki-laki boleh pi berjemaah kat masjid.

Boleh dapat pahala pi masjid.
Dapat juga pahala solat.

Peh. 2-in-1.

Baikkan Allah :')
Kita solat pun dapat pahala sedangkan solat tu kewajipan kita.

Mudah betuii kita nak dapat pahala.
Dan kita juga mudah nak persia-siakan pahala tu.




Sedar atau tak, solat dapat bagi kekuatan kat kita.
Kalau kita solat dengan ikhlas, lillah, dalaman mental kita makin sado.

Sebab apa? Sebab Allah yang bagi kekuatan tu.

Waktu kita solatlah kita dapat interact dengan Allah.
Waktu tulah nak mengadu pasal semua benda kat Allah.
Waktu tu jugaklah kita nak luah segala suka duka kita.

Dan secara tak langsung, Allah ringankan beban yang kita tanggung.

Allah permudahkan urusan kita.

Kadang-kadang, kita diuji.
Sebab, Allah nak tarik kita dekat dengan Dia balik.

Kita terlalu sibuk dengan kerja sampai takde masa nak cakap dengan Dia.

Allah rindu kita tau :')
Jadi jangan lupa Allah.

Sempurnakanlah solat sehabis sempurna.
Even kita berjaya dekat mata manusia, tapi solat kita tak jaga,

.WATCH OUT.

Amalan solat yang akan dihisab kat akhirat nanti.
Bukan jawatan tinggi kat company.
Bukan result cemerlang dalam exam.
Bukan kecantikan rupa paras.
Dan bukan juga harta dunia.

Salam alaykum.

No comments: