Cinta ilahi vs cinta makhluk

Pernah ada masanya aku terkelu seribu bahasa. 
Sukar untuk aku sendiri meluahkan apa yang terbuku.

Pastinya, ada sesuatu yang bermain di fikiran namun sukar sekali untuk aku terjemahkan perkara itu kepada lisan.

Seringkali juga aku bertengkar dengan diri aku sendiri,
walaupun perkara itu hanyalah sesuatu yang remeh.

Perkara itu berlarutan,
Sampailah aku mengerti apa itu cinta hakiki.

Cinta itu tidak semudah sebagaimana pena menulis perkataan cinta.

Cinta itu perlu dihayati dengan jiwa.

Cinta hakiki ialah cinta yang sentiasa hidup dalam jiwa orang yang beriman.
Yakni cinta kepada Allah.

Bukan semua mampu mencapai arti cinta hakiki yang sebenar-benarnya hakiki.

Jauh perjalanan untuk meraih cinta hakiki.
Ia bukan sekadar melafazkan bait kata pengampunan kepada Allah,
dan ia juga bukan sekadar mengatakan bahawa aku seorang yang beriman dan bertakwa dengan tiap-tiap suruhan Allah.

Ini perlu diiringi i s t i q a m a h.

Tanpa adanya istiqamah, perkara itu tidak punya apa-apa makna. Cubalah ber-istiqamah dalam tiap perkara yang kita lakukan. Sungguh, Allah lebih suka orang menjaga kualiti amalannya.

****

Bukan aku ingin mengatakan bahawa aku sudah berjaya mendapatkan cinta hakiki.
Cuma aku sudah pun menemukan artinya.. Aku sendiri juga masih berjuang untuk cinta ini.

Kadang, nafsu menghalang.
Tapi, perlu untuk aku lawan balik nafsu itu.


Nikmat rasa bila kita perlahan-lahan berjuang meraih cinta hakiki.. Perasaan itu tenang setenangnya. Sukar untuk aku menggambarkan rasa tenang itu tapi boleh aku khabarkan jaminan hati akan berasa tenang.

Mungkin sebelum ini kita seringkali risau akan perkara-perkara duniawi tapi pabila diri telah menemukan cinta ini, kita akan menjadi seseorang yang berlapang dada.

Kerana betullah kata orang,

"Letaknya dunia dalam genggaman tangan tapi letaknya akhirat dalam hati."

Dunia ini sementara,
Semua percaya bahawa semua manusia akan mati kelak.

Jadi, untuk apa kita merisaukan tentang perkara duniawi sehingga mengabaikan amalan yang akan ditimbang beratnya di akhirat nanti?

Yang sebenarnya, kita perlu pandai mengimbangkan antara dunia dan akhirat.

Jangan sampai kita terlalu mengejar dunia sehingga akhirat entah kemana.
Jangan sampai kita terlalu mengejar akhirat sehingga tanggungjawab kita sebagai khalifah di Bumi terabai.

Balance it.

Dan caranya adalah dengan menggapai cinta hakiki.
Kita tak perlu cinta manusia, kita cuma cuma perlu cinta Allah.

Sungguh aku katakan.
Kita tak perlu cinta manusia.

Sungguhpun ada waktunya kita terjatuh cinta, ketahuilah bahawa perasaan itu cuma ujian dari Allah untuk menguji seberapa besar cinta kita terhadap-Nya.

Pabila kita terlalu melayan perasaan cinta terhadap makhluk itu, bermakna kita telah gagal untuk membuktikan cinta kita kepada Allah.

Tak sedih ke.
Kita mati-matian bersedih bila kita fail dalam exam.

Tapi sekarang...

-

Bila Allah uji sedemikian rupa, kita dengan mudahnya terikut-ikut dengan perasaan itu.
We should fight back.

Buktikan bahawa kita lagi cinta Allah daripada makhluk-Nya.

Buktikan, please.

Raih cinta Pencipta, bukan cinta makhluk.

****

Bila hati dah mula mengenal cinta hakiki, hidup menjadi senang.

Saat diri terjaga pada sepertiga malam, dan tidak lama selepas itu tangisan teresak-esak kedengaran sepertinya meminta kekuatan daripada Dia.

Bagiku, itu saat terindah antara makhluk dengan Penciptanya.

Detik yang paling dekat antara aku dengan Dia.
Detik yang paling menenangkan buatku.

Dapat bertahajjud itu sudah ku anggap seperti satu kejayaan besar untuk diri.
Maklumlah, aku sendiri tidur mati. Hiks.

Ada saatnya mungkin kita tewas dengan nafsu tidur.
Jangan putus asa, fight back.

Mungkin harini kita terlepas tahajjud, hari esok masih ada.

Keep calm and love tahajjud.

Bangun tahajjud ni perlukan pengorbanan.
Pengorbanan apa? Pengorbanan tidur.

Sebab waktu kita bangun berjumpa ilahi, ada yang masih nyenyak dibuai mimpi.
Jadilah antara mereka yang tidak tewas dengan ikatan besi syaitan semasa sedang menghayati nikmat tidur.

Dalam satu tempoh masa, aku meninggalkan tahajjudku.

Tika itu, aku berasa sungguh sesak.
Hinggakan aku rasa ingin futur.
Semuanya menjadi serba tak kena.
Aku merasakan seolah-olah nikmat kesenangan hidup aku ditarik serta-merta.

Life is so hard without tahajjud.

****

Percayalah dengan cinta ini.

Tak pernah lagi aku menemukan cinta yang lebih sejati dari cinta ini.

Sebab cinta ini menawarkan,

kesetiaan
kebahagiaan
ketenangan
keikhlasan
kebersamaan

Yang penting, tidak ada pihak yang terluka.

Sebab bilamana diri lebih mencintai Tuhan yang Satu,
Tidak akan wujud perasaan su'udzon.
Tidak akan wujud perasaan 'forever alone'.
Tidak akan wujud perasaan-perasaan yang sewaktu dengannya.

Cuba bandingkan cinta terhadap Pencipta dengan cinta terhadap makhluk.

Serius, berbeza.

Aku pun pernah berada dalam situasi cinta kepada manusia.
Dan aku sendiri tak dapat luahkan seberapa terlukanya aku bila orang yang aku suka tu perlahan-lahan merobek jiwa aku.

Percayalah.

Tiada cinta yang lebih haq daripada cinta kepada Allah.

Perkara ini senang buatku.
Dan pasti senang juga buatmu.

Mari, pegang tanganku,
Kita raih cinta Allah sama-sama.

Salam alaykum.

No comments: