sahabat lillah

aku duduk sejenak,
memerhati alam.

sentuhan tangan yang hangat tepat di bahuku menyentakkan aku yang sedang mengelamun.

senyuman terukir,
manis dengan dua lesum pipit di kiri dan kanan.

dia ambil tempat di sebelahku.
lalu, memegang erat tanganku.. kuat genggamannya.
hingga aku terasa ada kekuatan yang mengalir.




Sungguh, manusia mengimpikan sahabat dunia akhirat.

Tapi, jika semua mengimpikan perkara yang sama tanpa cuba untuk menjadi salah seorang daripadanya, maka tidak akan ada "sahabat dunia akhirat".

Try to be one!

Yang benar-benar punya arti sahabat dunia akhirat.

Tak mengapa kalau kita ada khilaf kerana kita m a n u s i a.

Dan,
Manusia itu diciptakan untuk saling melengkapi.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t.

Kita kena bersyukur dengan tiap jasad yang hadir dan pergi dalam hidupku.

Yang hadir datang membawa cahaya baru,
dan yang pergi memberi kenangan dan ibrah buat diri sendiri.

Buat yang telah pergi,
mengenalmu ialah satu anugerah yang terindah,
kau pergi meninggalkan kenangan,
yang akan tersemat dalam ingatan,
terima kasih kerana pernah hadir.

Buat tiap-tiap jasad yang sering mengajarku erti kekuatan,
terima kasih.

Tiap titisan air mata kita yang jatuh ke lantai bumi,
menjadikan kita insan yang semakin hari semakin gagah untuk berdiri,
atas kaki sendiri.

Tiap ukiran senyuman yang terpahat di wajah kita,
menjadikan kita insan yang terbahagia dalam dunia.

Tanpa mereka,

we're not who we're today


******

Mungkin ada masanya, diri rasa susah untuk bernafas. Sesak semacam.
Mungkin ada masanya, jiwa rasa tak tenang langsung. Resah semacam.
Mungkin ada masanya, hidup rasa tak lengkap. Kosong semacam.

Saat itu, berbaliklah kepada Allah.

Cek balik hubungan kita dengan Allah.
Mungkin ada something wrong dengan hubungan kita.

Once habluminallah kita dah okay mantap gila, 
automatically, habluminannas akan terjaga.

Tapi,
ada masanya.

Kau akan rasa manusia lain benci kat diri dan saat itu apapun tak terluah.
Kau tak dapat cari apa khilaf yang kau lakukan.

Maka, ingatlah.

Atas dunia ini, akan ada manusia yang membencimu walau kebaikan yang kau lakukan itu seluas lautan air masin dan kejahatan yang kau lakukan itu hanyalah sebutir pasir yang berada di dalam lautan itu.

Tak percaya?
Tengoklah riwayat hidup Nabi kita, Muhammad s.a.w.

Kebaikan Rasulullah tak terbanding dengan kebaikan yang kita buat.
Tapi, masih juga ada orang Quraisy yang menentang baginda.

Wala tahzan.

Tak rugi pun andai ada manusia yang membenci kebaikanmu.
Lagi-lagi mereka yang menyebarkan keaibanmu.

Sebaliknya, bersyukurlah.

Mereka dengan senang hati menyedekahkan pahala mereka untuk kita.
Bukan senang nak dapat kan. Hiks.

Sembunyikanlah kesedihan itu untuk pertengahan malam nanti.
Tika itu, menangislah andai beban di bahu terasa berat.

Kerana sungguh, Allahlah sebaik-baik pendengar.

Bukan kawan kita.
Bukan orang lain.

Hanya Allah.
Only Him.

Minta dari Allah kekuatan itu.


******

So here,
appreciate your sahabat.

Carilah teman yang benar-benar bergelar sahabat,
dan jika kita telah menemuinya, jagalah dia.. kerana dia sebaik-baik teman.

Bukan ingin mengajar untuk memilih,
tapi sahabat yang baik itulah cerminan diri kita.

Andai dalam sejuta itu masih jua belum kau temukan sahabat dunia akhirat, maka belajarlah untuk menjadi salah satu daripadanya. Mungkin ada yang bersyukur untuk mendapat kita sebagai sahabat dunia akhirat :')

******
Sampai detik terakhir, akan aku genggam tanganmu,
melangkah masuk ke pintu syurga bersama,
ya sahabat.


Salam alaykum.

No comments: