Ikhtilat dan Iman

Apa itu ikhtilat?
-- Secara ringkasnya, ikhtilat bermaksud pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram di suatu tempat sama ada terbuka ataupun tertutup.

Apa itu iman?
-- Yakin dalam hati, mengaku dengan lidah dan menzahirkannya dengan amalan. Secara maklumnya, melakukan segala suruhan Allah ta'ala dan meninggalkan segala larangannya.


Kita, lelaki dan perempuan ada batas ikhtilat yang perlu kita jaga.
sebab dalam dunia, kita pasti inginkan kehidupan yang berjaya di akhirat.

kalaulah di dunia kita tak cuba jaga hati,
maka bagaimana pula hidup kita di akhirat kelak?

semuanya bermula daripada hati kita.




Let me give you situations.

SITUASI 1:

[Lelaki dan perempuan yang chitchat personally.]

"Assalamualaikum, ada orang di sana?"
"Waalaikummussalam, ya saya."
"Saya nak tanya tentang kerja sekolah sikit."
"Ya, silakan."
"Addmaths yang nombor 5 tu cara nak jawab macam mana eh?"
"Oh macamni, *explained*"
"Hehe terima kasih."
"Sama-sama."

*Beberapa minit kemudian*
*bunyi beeeeep kedengaran*
*ws dari orang yang sama masuk*

"Awak dah makan pagi?"
"Oh haha dah dah."
"Makan apa je tadi?"
"Makan nasi minyak."
"Waaaah sedapnya. Tak hantar kat saya pun."
"Haha sorry."
"Nvm. Cuti ni awak buat apa je?"
"Tak buat pape pun. Mungkin balik kampung esok."
"Yekeee. Kampung awak kat mana? Kut kut sama dengan saya !"
"Dekat Kelantan. Heheh sama ke?"
"Alaaa tak. Saya punya dekat Terengganu. Ala sedihnya tak sama."
"Hahaha. Takpe, berjiran kan. *pujuk hati*"
"*termakan pujuk* Haah kan."

blablabla
blablabla
blablabla

Sampailah satu jam ber-ws dengan yang bukan mahram.


SITUASI 2:

[Group yang bercampur lelaki dan perempuan dalam ws]

*si perempuan hantar tazkirah pagi*

Seen by Ali, Abu, Mila, Hasan, Sahila, Mira, Jihah, Khairol, Syahirah, Bella.

*Abu is typing....*

Abu : Alhamdulillah, moga kita sentiasa dilindungi Allah dari sifat tercela.
Minah : Allahumma aameen.
Sahila : Amiin.

*Hasan is typing....*

Hasan : Macam mana nak jaga hati kita daripada buat kemungkaran? Contoh macam suka dekat someone and rasa macam nak kapel dengan dia.
Sahila : Jaga solat kita. Kalau solat kita ikhlas kerana Allah dan kita usaha sedaya upaya menyempurnakan solat kita, insyaAllah hati kita terjaga. Selalu ucapkan Maa fii qalbi ghairullah kerana sesungguhnya hanya Allah yang layak berada di tempat pertama dalam hati kita.
Jihah : Yaa, setuju dengan Sahila. Jangan lupa sibukkan diri dengan baca Quranul Kareem, kalam Allah yang tiptop, penuh pengisian.
Hasan : Hmm, insyaAllah aku cuba buat.

*beberapa saat kemudian*

Mira : Hahaha. Kenapa Hasan? Kau ada jatuh chenta dekat sapa-sapa ke? Bella ke? Haha.
Hasan : Eeeeh mana ada lah. Aku terdetik je nak tanya.
Mira : Eleleh, kalau dah suka tu, mengaku je lah. Nak main hide and seek pula dah dia halamak.
Hasan : Eh kau ni. Aku kejar kau kang, ada juga yang jatuh terpele'ot kat situ. Kahkah.
Mira : Aku lari laju dari kau lah. Takyah nak bangga sangatlah hek eleh. *insert emoji jelir lidah*
Hasan : Cakap kat sini bolehlah. Puih.
Mira : Haha suka hatilah.

blablabla
blablabla
blablabla

Sampai penuh notification ahli lain dengan conversation lagha.


SITUASI 3:

[Sekumpulan lelaki dan perempuan yang berjumpa accidentally.]

"Eh, macam kenallah !"
"Hahaha ofcourse lah kenal. Tipulah kalau cakap tak kenal."
"Eh korang amacam sekarang? Sihat?"
"Sihat sihat. Lama tak jumpa weh. Makin ganteng ah korang semua."

*semua laki tersipu malu kononnya*

"Eh mana adalah. Kitaorang biasa-biasa juga. Korang tu yang makin lawafeloles."

*sorang perempuan pukul lembut lelaki yang berkata*

"Eh heheh janganlah puji, malulah kita. *tutup muka* "

*lelaki tadi pula main sentuh-sentuh perempuan tadi*

Sampailah seluruh manusia di tempat kejadian melihat maksiat yang terjadi.


..............................

Dalam sedar mahupun tidak sedar.
Dalam keadaan waras mahupun tidak waras.

Fenomena di atas selalu terjadi dalam kehidupan kita hari ini.

Yang lelaki tak jaga hati.
Yang perempuan juga begitu.

Takboleh nak salahkan sebelah pihak je.
sebab dua-dua salah kut.

Kalau betullah, si lelaki tak melayan,
pasti si perempuan tak terlayan.
Dan kalaulah si perempuan tak menggatal,
pasti si lelaki pun tak rasa nak menggatal.


Ya --dalam hidup
ada ketikanya
kau perlu lawan rasa nafsu
agar diri tidak lemas
dalam lena maksiat.

Ya --dalam hidup
ada masanya
kau perlu fikir beribu kali
sebelum bertindak
supaya tiada siapa
yang menyesal
di kemudian hari.

Ya --dalam hidup
ada detiknya
kau perlu selami diri
dalam-dalam
agar saja diri kerdilmu
tak tersilap langkah
hingga membawa murka
Sang Pencipta.

ninjaberduri 010315


Jangan sampai satu tahap bila diri kau dah dikalahkan nafsu,
kau hanya mampu menyerahkan takdir
mengeluarkan air mata tiada henti
menyesal seumur hidup
dan memeluk diri memohon agar dikembalikan masa lalu.

Cubalah slowslow.
Changes need time, kan?
Kau pasti boleh.
Ubah diri sikit demi sikit.
Tak perlu perubahan yang mendadak, 
hingga diri susah nak terima.

Asalkan apa yang kita nak ubah,
Allah redha
hati ikhlas

dan kita i s t i q a m a h.

Ya, aku faham.
Macam mana gayanya nak berubah 

dari selalu chat sampai tak chat langsung.
dari bercakap tak henti sampai diam seribu kata.
dari berjumpa selalu sampai elakkan diri daripada nak berjumpa.
daripada texting sampai tak ada bunyi text masuk.

Ya.
Aku faham.

Sebab.
I've been there, once.
And yet, once is enough.

Cukup dapat mengajar diri aku, 
seorang hamba yang selama-lamanya hamba buat-Nya.

Begitu juga kau.
Kita dalam dunia yang serupa.
Kalau aku boleh, kau pasti boleh.

Terutama yang masih lagi ada hubungan kapel sekarang ni.
Putuskanlah.

Sungguh, aku yakin.
Hubungan tu takkan kemana pun kalau Allah tak redha.

Serius.



Wahai kaum Adam.
Kalau betul kau mahukan perempuan itu, maka merisiklah.
Adakan pertunangan.
Nikahilah dia.
Adakanlah hubungan yang halal di sisi Islam.
Bukan hubungan yang hanya berasakan cinta dan nafsu.

Wahai kaum Hawa.
Kalau betul kau menyayangi dirimu lebih dari orang lain.
Pasti kau tidak akan mendekati hubungan yang Allah murka.
Mahalkan dirimu.
Kerana itulah selayak-layak perkara.
Buat muslimah solehah.


Apa yang kita boleh ubah perlahan-lahan?

Dalam berinteraksi, 
jaga batas sentuhan
jaga butir-butir kata yang dikeluarkan
jaga pandangan mata
jaga pergaulan kita dengan yang bukan mahram.

Dalam chat,
hanya bercakap perkara yang penting sahaja
yang tak penting, taruk tepi
jangan layan benda-benda yang akan membawa kepada kemurkaan Allah.
elakkan daripada bercakap lagha
elakkan daripada selitkan emoji yang ada unsur ke-creepy-an
jaga hati kita.

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Ikhtilat ni umpama kereta Ferrari.
Dan iman pula umpama enjin.

Kaitannya,
-- Kalaulah kita tak jaga pun kereta Ferrari kita,
kita biarkan kereta kita kotor, 
kita langgar kereta orang lain sampai menyebabkan kereta kita rosak, 
kita tak hantar pergi servis.

Maka apa agaknya yang berlaku pada enjin kereta kita?
Mesti enjin kita pun susah nak berfungsi,
banyak masalah,
kereta pun takboleh nak bergerak.

Sama juga ikhtilat dengan iman.

Kalau kita tak jaga ikhtilat, macam mana iman kita nak terjaga?
Kalau kita jaga ikhtilat, pasti iman kita terjaga.



Salam alaykum.

No comments: