Checklist Buat Muslimah.

tudung labuh berwarna merah disarung ke kepala.
beg sandang coklat diambil.
pantas menuju ke pintu bilik
dipusing tombol.
kaki kanan terhenti.

sesaat berlalu.
aku berfikir sejenak.

kembali menghadap cermin besar.

****


Kau tahu muslimah itu umpama apa ?

Umpama mawar berduri.

"Entah kenapa orang sabitkan muslimah dengan mawar berduri."
"Kelakar bila perempuan iaitu manusia, kau kata dia seperti mawar."

Ya -benar.

Pernah nampak mawar? Atau lebih dikenali dengan roses?
Cantikkan mawar tu. Bila tengok, rasa macam nak petik bawa balik rumah 
dan simpan ia elok-elok.

Dan pernah kau tengok mawar yang tak berduri?
Yang mana, tiap kali kau cuba petik, jari kau pasti takkan terluka sebab terkena duri.

Pernah?
Kalau ya jawapannya, pasti kau berdusta.

Setiap mawar yang Allah ciptakan, pasti ada duri.
Paling-paling pun, pasti ada satu kecik cenonek.

Aiwah.
Maka sebab itulah, mawar berduri itu dikaitkan dengan muslimah.

Muslimah itu sangat terpelihara jika dirinya sendiri digelar mawar berduri.
Yang mana bila dirinya didekati lelaki ajnabi, 
dia melindungi dirinya dengan duri.

Cukup terpelihara sang muslimah di dunia.
Allah begitu sayang akan perempuan.
Dia mengangkat darjat semua perempuan.
Siap ada Surah An-Nisa' lagi dalam Al-Quran.

Tapi kita ?

Masih senang bergelak ketawa dalam pelukan ajnabi.
Masih senang bersentuh sana sini dengan yang tak halal.
Masih beraksi depan kamera untuk ditunjukkan ke suluruh dunia.

Ini balasan kita?
Tutup aurat pun gaya macam nak taknak.
Pakai baju macam tak cukup kain.
Seluar kalau boleh nak ketat sampai lemas.
Pakai kasut tumit tinggi tembus tanah.
Pakai tudung tiup angin sikit terus melayang.

Apatah lagi kalau nak dibicara tentang ikhtilat.

*senyum sinis*

Sedarlah wahai muslimah.
Sedarlah daripada lamunan duniawi.

Janganlah engkau menjadi perhiasan dunia.
Yang nilainya cukup rendah.
Senang disentuh yang tak halal.

Dunia semakin tenat.
Masih jua hati kita tak sedar.

Bukankah detik demi detik.
Maut makin menghampiri?

Bukankah detik demi detik.
Kita seakan-akan lemah ditelan nafsu?

Sedarlah.

Since it's never too late to repent.
Allah is always there.
Waiting for the time to come.

****

Cuba islah-nafs slowslow.
Great things take time.
Buat perubahan pada diri dengan perlahan.
Biar hati tak rasa reluctant nak terima.

Dear muslimah solehah,

Buat checklist bila nak keluar rumah.

Handsocks - checked.
Stokin kaki - checked.
Tudung tutup dada - checked.
Pakaian tak jarang - checked.
Tiada sifat tabarruj - checked.




bibir mengukir senyuman.
kaki menghayun langkah satu demi satu.

"ya, aku dah bersedia. ayuh mengembara, lillah."

Salam alaykum.

No comments: