Hijrah ; Seberapa besar ?

Salam alaykum,

Kau tahu apa maknanya hijrah?

Hijrah ; Perpindahan.
Ataupun dalam erti kata lain, sesuatu yang berubah daripada sesuatu keadaan kepada keadaan yang lebih baik dan perbuatan tersebut perlu diniatkan kerana Allah s.w.t.

Hijrah ini senang ?

Semuanya terletak kepada hati. Berbalik kepada Qalb. Kalau hati ada keinginan nak berubah, maka peluang nak berubah itu mungkin lebih tinggi. Paling penting, kena ada niat ikhlas dalam hati. Berhijrah lillahi ta'ala. Bukan sebab manusia, bukan sebab pujian daripada mulut manis seorang insan. Kalaulah kita berhijrah sebab nakkan pujian, maka hanya penat lelah dan pujian manusia sahajalah yang kita kecapi. Tetapi, kalaulah kita berhijrah kerana Allah, maka, redha Allah lah yang ada dalam genggaman.

Yes, changing might sound hard -but with desire, anything could happen, bi iznillah.

****
Ikhlas. Satu-satunya syarat bila nak berhijrah.
Ikhlas ni tak perlu kau nak tunjuk kat semua orang sebab ikhlas itu hanya antara kau dan Dia.
Susah bila hati tak ikhlas, kita jadi tak tetap pendirian.

Analoginya begini.

Bila kita dalam kelas, cikgu suruh buka buku buat latihan. Tapi, pada ketika itu, hati kita tak ikhlas pun nak buat latihan tu. Siap mengomel lagi, "ish cikgu ni, tak habis-habis bagi latihan. ingat orang takde kerja lain ke?" Kita mula mengeluh. Keikhlasan kita lesap entah ke mana. Dan pada saat itu juga, latihan yang kita buat tu tak akan lekat dalam pemikiran kita. Sebab kita tak lapangkan dada dan cuba ikhlaskan diri.

Begitu juga dengan ikhlas dalam berhijrah.

Kalau kita berhijrah kerana manusia, dan kita tak ikhlas [lakukan sesuatu kerana Allah s.w.t.] dalam penghijrahan kita, maka segala apa yang kita lakukan itu SIA-SIA. Penat lelah ja.

Penat ja sarung tudung labuh-labuh sebab nak manusia puji.
Penat ja pakai stokin dengan handsock sebab nak manusia pandang tinggi.
Penat ja pergi surau/masjid lima kali sehari sebab nak manusia puji.
Penat ja pura-pura baik bak malaikat depan semua orang.

The most important thing you need to know is,

Hijrah belongs to anyone.

Tak terhad untuk golongan miskin pun apatah lagi orang kaya-raya.

TAPI

Bila seseorang itu berhijrah, orang yang kat sekeliling ni, tak perlu pun nak condemn habis orang tu. Kasi can lah sikit. Bagi support, bukan hinaan. It takes time to change. Contohlah kalau orang condemn kita buat sesuatu, siapa yang tak down. Samalah juga bila orang nak berhijrah, kita janganlah duk pandang serong kat dia. Nanti dia down pastu terus putus asa nak berubah cemana. 
Kalau Allah tanya kat kita, kita nak jawab apaaaa.

"entah, buat apa nak berhijrah. hidayah tak sampai lagilah."
"aku muda lagi, banyak masa nak bertaubat, nanti-nantilah."
"watlek watpis, umur masih panjang kut."

Manusia kena ingat bahawa

Hidayah itu milik Tuhan tapi tak bermakna kita sebagai manusia kena tunggu hidayah tu datang baru kita nak berubah. Tanpa usaha takkan ada apa-apa yang membantu kita. Tanpa usaha takkan adanya perubahan dalam diri. 

-- doalah, minta pada Allah. Biarpun kita berubah sikit-sikit, Allah pandang jua. Biar istiqamah dalam berubah jadi baik dan tak usah pedulikan apa yang orang lain nak kata. Kita berubah lillahi ta'ala. Kita bukan berubah demi manusia lain. Jadi, pandangan manusia kita taruk tepi.

Soal umur dan masa kita hidup ini hanya Allah yang tahu. Sudah tercatatnya tarikh kita menemui ajal jadi usah bongkak. Maut tak menunggu kita. Tapi apakah kita sendiri sudah bersedia untuk menemuinya ? Walhal orang yang sedang bermain papan luncur juga boleh mati saat itu apatah lagi kita yang sedang duduk bongkak mengatakan seolah-olah kita mengetahui ajal maut kita sendiri.

Allahu Rabbi, protect us. Protect the ummah, ya Allah.

We always have time to do everything but we end up doing nothing.
Change now, before it's too late, for the sake of Allah.

"What really counts are good endings, not flawed beginnings." -Ibn Taimiyyah.